Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kaji SOP Benarkan Pelajar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih mengkaji prosedur operasi standard (SOP) sesuai untuk membawa...

Pemilik Restoran Dikesan Letak...

PETALING JAYA - Pemilik restoran dalam insiden rempuhan kenderaan pacuan empat roda yang...

Luahan Hati Wanita India...

KEMERIAHAN menjalani ibadah dalam bulan Ramadan pastinya meninggalkan banyak memori indah kepada umat...

JHEAINS Pantau Gerakan Ajaran...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah...

VIDEO : Ini Aksi Lumba Kuda Sejati, “Ala Kelate”

TUMPAT (Kelantan) – Bertempat di Pantai Geting, semalam diadakan Sukan Berkuda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Mynewshub.cc pergi membuat tinjauan program itu dan ia memang menarik. Program berkenaan yang dianjurkan oleh UMNO di pantai itu mencari kuda yang paling cantik melalui pelbagai kategori.

Selain itu, yang paling hebat ialah sukan lumba kuda yang dilakukan di atas pasir pantai yang memang unik kerana kuda yang ditunggang laju tidak pun dipasang pelana.

Pelana ialah tempat penunggan kuda duduk dalam sukan berkuda rasmi seperti yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun di sini, penunggangnya hanya duduk di atas belakang kuda tetapi gaya mereka cukup hebat.

Paling unik ialah penunggangnya terdiri daripada kanak-kanak berusia paling tua 11 tahun dan sudah mula menunggang kuda sejak umur sembilan tahun.

DSC_7718

Seorang penunggang kuda, Adli, 10, berkata dia sudah mula menunggang sejak berumur lapan tahun dan kini menjadi ‘jockey’ sukan berkuda di sekitar Kelantan.

Adli menunggang kuda yang bernama Prado yang berusia tiga tahun.


Pemilik Prado, Faiz yang baru berumur 18 tahun mengakui amat minat dalam bidang menternak dan melatih kuda.

Mengulas lanjut mengenai sukan berkuda di Kelantan, terdapat ribuan ekor kuda di negeri Cik Siti Wan Kembang itu kerana ia merupakan minat turun-temurun dari nenek moyang mereka.

Faiz berkata, dia pun berminat menternak kuda selepas diberitahu oleh datuk dan ayahnya sehinggalah sekarang ini.

Menurutnya, dalam setiap perlumbaan ada diberikan hadiah wang tunai hanya kira-kira RM400, hamper dan pingat bagaimanapun sukan itu diadakan di seluruh Kelantan dan hanya diadakan jika ada penaja.

http://youtu.be/LMSGr65Z8Q0

Bagi jockey, mereka akan dibayar sekali berlumba kira-kira RM30, dan jika memenangi wang tunai ia akan dibahagikan sesama pemilik dan penunggang. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori