Baru-baru ini kami ada siarkan berita tentang wanita dipercayai perempuan simpanan dibelasah dan bajunya dikoyak hingga menampakkan buah dada di sebatang jalan di Yulin, China gara-gara menjalin hubungan dengan suami orang.
Insiden sama berulang lagi awal bulan ini di Gongdong apabila perempuan simpanan dikenali sebagai Chang dibelasah di khalayak ramai oleh isteri skandalnya.
Tak cukup dengan menampar dan menendang, si isteri yang naik hantu turut mengoyak pakaian Chang hingga bogel.
Malang bagi Chen, kebanyakan orang awam yang menyaksikan kejadian ini kelihatan enggan masuk campur dan hanya memandang sahaja dia diperlakukan begitu.
Lagi tambah malang bila ada pulak yang dahlah tak menolong pergi rakam pula kejadian ini dan muat naik di laman siber hingga ia tersebar luas.
http://www.youtube.com/watch?v=cpWr8_vM3SU
Difahamkan, Chang mula menjalin hubungan sulit dengan lelaki bernama Liu yang merupakan suami wanita terbabit sejak enam bulan lalu.
Bagaimana pun atas dasar terlalu yakin diri agaknya, pada hari kejadian Chang datang bertemu isteri Liu untuk memaklumkan tentang hubungan sulitnya dan meminta supaya dia setuju untuk bercerai.
Tindakan ini bukan sahaja mengejutkan isteri Liu tetapi membuatkan dia berang hingga hilang kawalan diri.
Akibatnya Chang bukan sahaja dapat sakit malah aib yang bukan kepalang apabila dibogelkan di siang hari depan semua orang.
Harap-harap kejadian ni tak berlaku di Malaysia sebab ia sangat mengaibkan kaum hawa.
Pengajarannya, jauhkan diri daripada suami orang sebab dibuatnya isteri dia garang macam ini memang tak cukup tanah anda dikerjakan. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC