Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tok Mat Jauh Lebih...

REMBAU - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan calon Barisan...

QZ8501: Pesawat Berputar Sebelum...

JAKARTA - Data ADS-B yang dirakam dari pesawat Airbus A320-300 AirAsia Indonesia QZ8501...

Penantian Filem Tombiruo, Ramlee...

BERDEBAR-DEBAR rasanya menantikan tarikh 12 Oktober bagi menyaksikan filem yang ditunggu-tunggu tahun ini,...

Jambatan Baharu Akan Dibina...

SUNGAI SIPUT : Jambatan baharu dengan saiz lebih lebar dan memenuhi piawaian keselamatan...

VIDEO: Luahan Hati Bekas Isteri Sham Kamikaze Menerusi Lagu

KALAU hendak dirungkai kembali satu-persatu, memang boleh jadi novel agaknya kisah yang membawa kepada perceraian pemuzik dan pendakwah Sham Kamikaze dan bekas isterinya, Farazila Abdul Jabar, beberapa tahun lalu.

Dikatakan, sikap tidak bertanggungjawab Sham sebagai suami menjadi punca kemusnahan rumahtangga mereka.

Selain itu, tindakannya yang tidak mahu mengaku sudah menikahi wanita lain juga turut menjadi penyebab.

Itu belum ditambah lagi dengan tomahan yang dilemparkan Sham dan isteri keduanya itu terhadap Farazila menerusi media dan juga laman sosial.

Memang tak mampu kami bayangkan betapa kuatnya Farazila menghadapi dugaan yang cukup hebat seperti itu.

Rupa-rupanya, dalam diam, dia pernah memuatnaik lagu bertajuk ‘Allah Tahu’ ke laman YouTube yang merupakan hasil ciptaan dan nyanyiannya bagi meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Bait-bait liriknya berbunyi:

“Ya Allahu Ya Allah
Tunjukkan aku apa sebaliknya
Lara derita apakah ertinya


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Lembutkan hati ini kerna dia
Menghitung hari
Di mana akhir cerita

Sakitnya aku saat diam membisu
Hanya Kau tahu
Ku biarkan waktu yang terus berlalu
Ku tahu kah hatinya yang palsu…”

Nak dengar yang seterusnya, jom saksikan video klip ini:

 

Oleh: ELZA / MYEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori