Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Sudah Ambil Keterangan...

Kuala Lumpur : Polis sudah mengambil keterangan isteri pelakon yang ditumbuk suaminya di...

Ringgit Teruskan Aliran Menurun

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi...

Isu Pemilikan Rumah Mendapat...

KUALA TERENGGANU - Isu pemilikan rumah rakyat dibangkitkan oleh beberapa Anggota Dewan Undangan...

Bayaran Balik PTPTPN Dikecualikan...

KUALA LUMPUR - Pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak...

VIDEO : PAS Perlekeh Sumbangan Arwah YB Noor Zahidi

TUMPAT – Parti PAS hari ini dalam satu sidang media memberikan kenyataan negatif kepada penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor dari Barisan Nasional (BN) Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar tidak melakukan sebarang pembangunan di kawasan itu melainkan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.

Timbalan Yang di-Pertua PAS Tumpat Mohamad Zaki Ibrahim berkata pada pandangan PAS tiada apa pun pembangunan yang diwariskan oleh Allahyarham di Pengkalan Kubor.

“Bagi saya tidak ada legasi Datuk Di (Datuk Noor Zahidi Omar) di Pengkalan Kubor, kalau kita tengok tiga penggal dari tahun 2004 sehingga ke hari ini tidak ada satu pun pembangunan yang boleh kita banggakan di atas kapasiti beliau sebagai ADUN di sini, ADUN Persekutuan.

“Selama tiga penggal tidak ada legasi apa,” katannya dalam sidang media berkenaan di Markas Besar PAS di Geting di sini hari ini.

Menurut beliau, jika ada pun pembangunan yang dibawa oleh beliau hanyalah MRSM berkenaan tetapi itu hanyalah fenomena biasa.

“Yang boleh kita tengok, hanyalah MRSM yang maknanya hanya fenomena biasalah, kita di kawasan jajahan yang hujung sekali, tetapi itu sahaja yang dia (Allahyarham Noor Zahidi) boleh bawa,” katanya.


Jika hendak melihat satu legasi besar sehingga boleh menyelesaikan masalah kebajikan rakyat, jika dari Noor Zahidi sebenarnya tiada.

Bagaimanapun, daripada persepsi penduduk setempat Allahyarham telah menyumbangkan RM50,000 sebelum ini kepada calon BN ketika ini Mat Razi Mat Ail untuk membuka sebuah sekolah pondok iaitu Sekolah Pondok Simpangan.

http://youtu.be/tfHP8Qs3wPs

Sejak awal tempoh kempen, pelbagai lagi tohmahan dan tuduhan diberikan kepada Allahyarham oleh PAS.  – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori