BUKAN mudah sebenarnya untuk seseorang itu menggalas tugas sebagai penyampai berita.
Biar apapun yang terjadi, dia perlulah bijak mengawal emosi agar tampak profesional di mata para penonton.
Namun, kita juga harus ingat bahawa penyampai berita juga manusia yang adakalanya tidak mampu melawan fitrah alam.
Video yang kami kongsikan ini adalah antara situasi lucu yang tidak mampu dikawal oleh penyampai beritanya.
Gara-gara suara ‘aneh’ yang tiba-tiba keluar daripada mulut salah seorang wartawan, kedua-dua penyampai berita ini terpaksa menahan ketawa ketika siaran langsung.
Bagaimanapun, ketawa itu ‘pecah’ juga sehingga siaran terpaksa dihentikan.
Jom saksikan!
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC