Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tengah Sarat Pun Raja...

MESKIPUN sedang sarat mengandung cecah lapan bulan, pelakon Raja Farah Raja Aziz mengakui...

Mangsa Banjir Tak Berenggang...

DUNGUN - Seperti kisah 'Marry And Her Little Lamb', Fatin Ridzuan mempunyai kambing...

Ibu Bapa Didakwa, Bayi...

SEPASANG remaja telah ditangkap selepas bayi mereka yang baru berusia 15 hari ditemui...

Stacy Dahului Satu Pukulan...

KUALA LUMPUR - Pemain nombor satu dunia, Stacy Lewis merakamkan enam bawah par...

VIDEO : Shahrizat Hadir Singkap Politik, Sentuhan Prihatin

Begitu gembira wajah Lah Abdul Rahman, 58, apabila Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menjejakkan kaki ke rumahnya di Pengkalan Kubor, Tumpat siang tadi.

Lah, ketika itu berada di sisi suaminya, Sofian Yusof, 61, yang sudah kehilangan sebelah kakinya akibat penyakit kencing manis sejak dua tahun lalu.

Biarpun mungkin baru pertama kali menemui Shahrizat yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi Lah seperti tidak berasa malu meluahkan isi hatinya khususnya berkenaan anaknya yang tidak dapat pulang menjenguknya kerana ketiadaan wang.

http://youtu.be/yJTLVS0tSLM

Sedang Shahrizat dipegang tangannga erat oleh Lah, kelibat calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, hadir ke rumahnya mencetuskan gembira saat mengetahui orang yang amat dikenali di sekitar Pengkalan Kubor rupa-rupanya calon BN.

Lah turut bercerita mengenai jasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini juga dari BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang banyak membantunya sekeluarga.

Shahrizat_7

Dia berkata, jika Allahyarham mengetahui dia sakit, pastinya ADUN itu akan datang ke rumah menziarahinya, begitu juga jika diketahui ada kematian ADUN BN itu akan segera datang menziarahi di rumah jenazah.

Mat Razi siang tadi sudah pun merekodkan nama Lah dan suaminya, untuk diambil perhatian untuk dibantu segera sebaik menang dan dipilih sebagai ADUN Pengkalan Kubor yang baru.

DSC01061


DSC_7940

Bukan sedikit cerita yang ada di Pengkalan Kubor daripada apa yang tersurat yang nampak dek pandangan mata tetapi lebih lagi dengan apa yang tersirat berada di dalam kawasan kampungnya.

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menelusuri jalan-jalan ini menyentuh hati sanubari rakyat marhaen di DUN Pengkalan Kubor yang rata-ratanya hidup sederhana dan tidak senang.

Saat beliau tiba di rumah pertama di Kampung Geting, di rumah Fauziah Stapa, yang kematian anaknya Siti Nazariah kerana, Leukimia, Shahrizat dipeluk erat kerana Fauziah juga merupakan ahli dalam pergerakan Wanita pimpinan Shahrizat.

Wakil media yang mengikuti rombongan pasukan Wanita UMNO ini, sebak dan hiba apabila melihat keprihatinan Shahrizat dalam bertemu dengan penduduk.

Lebih-lebih lagi bagaimana penduduk di DUN ini yang jelas begitu gembira saat kehadiran Shahrizat dan mereka mengambil kesempatan itu untuk meluahkan isi hati mereka kepada pemimpin Wanita UMNO itu.

Kedatangan Shahrizat hari ini, jelas menyingkap jalan cerita politik kerana di DUN itu akan berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 25 September ini.

Kelibat Shahrizat, menyentuh secara langsung semangat dan ketabahan segelintir penduduk di Pengkalan Kubor yang mahukan perubahan di bawah pimpinan parti yang lebih prihatin iaitu BN. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori