Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kabinet: Saya Kena Dengar...

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan pembentukan Kabinet dapat diumumkan...

PDRM Pertimbang Bagi Ganjaran...

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertimbangkan ganjaran kepada mana-mana pihak...

Roger Ng Mengaku Tidak...

NEW YORK – Bekas pegawai Goldman Sachs Inc, Roger Ng mengaku tidak bersalah...

Selesai Jalani Pemulihan, Zamani...

BULAN lalu, nama vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim menjadi sebutan apabila dia ditangkap pihak...

Wajarkah Lambang Bulan Dan Bintang Di Bawah Kaki Pramugari?

SEKALI pandang, mungkin ada yang tidak perasan akan ‘kejanggalan’ pada iklan syarikat penerbangan Firefly ini.

Namun, jika diperhatikan secara teliti, anda dapat melihat lambang bulan sabit dan bintang pecah 14 yang cukup simbolik dalam Jalur Gemilang berada di bawah kaki pramugari yang menjadi model iklan tersebut.

Perkara itu telah disuarakan menerusi Facebook Selawat Perdana yang berbunyi:

“Disengajakan atau tidak sensitif?

Selawat Perdana ingin menegur syarikat penerbangan Firefly dengan penyiaran artikel/iklan di dalam ‘in flight magazine’ mereka. Kalau diperhatikan pada helaian majalah tersebut, lihatlah bagaimana bulan sabit dan bintang pecah 14 diletakkan di bawah tapak kasut pramugari Firefly. Bulan sabit dan bintang pecah 14 merupakan elemen utama dalam Jalur Gemilang. Sedarkah Firefly bahawa anak bulan (bulan sabit) lambang agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Isu ini mungkin remeh pada sesetengah pihak. Dalam gambar kedua merupakan not matawang RM50. Lihatlah letaknya anak bulan dan bintang pecah 14 itu pada Tengkolok Agong. Wajarkah lambang tersebut diletak di bawah tapak kasut pramugari anda?

Wajarkah Lambang Bulan Dan Bintang Di Bawah Kaki Pramugari?

Di saat seluruh negara menzahirkan solidariti kepada MH17 dan MH370, anak syarikat penerbangan Malaysia Airlines ini sepatutnya lebih sensitif tentang hal ini. Gambar ketiga menunjukkan cara sebenar penghormatan yang harus diberi kepada Jalur Gemilang yang merupakan panji Negara. Bendera atau panji merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kewarganegaraan bagi sebuah negara.


Wajarkah Lambang Bulan Dan Bintang Di Bawah Kaki Pramugari?

#saluteMalaysia”

Justeru, adalah tidak wajar bagi sebuah syarikat penerbangan yang mempunyai hubungkait dengan MAS boleh terlepas pandang dengan perkara seumpama ini.

Diharap agar teguran ini dipandang serius bukan sahaja oleh Firefly, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia agar tidak timbul lagi isu seumpama ini di masa akan datang.

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori