TAMPA – Ia adalah palsu. Nyata wanita yang mendakwa melakukan pembedahan plastik bagi mendapatkan tiga payu dara sebenarnya adalah seorang penipu.
Sebaliknya Jasmine Tridevil pernah membuat laporan bahawa tiga implan payu dara palsu miliknya hilang dalam bagasi ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa, awal bulan ini.
Jasmine hanya mendapat kemasyuran dalam masa 15 minit sebelum penipuannya itu terbongkar. Dia kini menghilangkan diri.
Pendedahan itu dilakukan stesen 10 News Florida. Jasmine atau nama sebenarnya Alisha Hessler membuat laporan polis mengenai kehilangan beg akibat dicuri di lapangan terbang tersebut termasuk tiga implan payu dara yang berharga $5,000.
Polis kemudiannya berjaya menangkap pencuri beg tersebut menerusi kamera CCTV yang dipasang di lapangan terbang, dan mengembalikan semula beg berkenaan kepada Jasmine.
Semalam, laman web Snope menghubungi wanita berkenaan yang juga seorang pekerja urut setelah mengesan laman web Jasmine Tridevil.com didaftarkan atas nama Alisha Jasmine Hessler .
Nama Jasmine juga tersenarai sebagai pemilik laman web Alisha’s Golden Touch – yang tersenarai sebagai penyedia web palsu dan pakar dalam urutan oleh wanita berpayudara tiga.
Pada Disember tahun lepas, dia menjadi tajuk berita selepas mendakwa dipukul diluar sebuah kelab malam.
BACA: Wanita Buat Pembedahan Plastik, Miliki Tiga Payudara!
Polis kemudiannya cuba mendapatkan maklumat daripada Jasmine itu namun dia tidak menjawab panggilan telefon pihak berkuasa dan tidak membuat laporan secara rasmi.
Pada bulan Mac tahun lepas juga, Jasmine juga dilaporkan ditangkap di Florida atas tuduhan memalsukan maklumat peribadi.
Jasmine mendapat liputan selepas mendakwa membayar sebanyak $20,000 untuk mendapatkan tambahan payu dara melalui pembedahan palsu bagi membolehkannya menjadi bintang realiti.
Dia juga mendakwa mengupah kameraman untuk mengikutnya dan mendokumentasikan kesukaran yang dialaminya kerana memiliki tiga payu dara.