Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Rotan Lelaki Jika Ponteng...

PUWAKARTA (Jawa Barat) - Pada setiap Jumaat, kelibat seorang wanita berjubah hitam dan...

KRU Music Jelaskan Isu...

SEBELUM ini terdapat dakwaan mengatakan bahawa bayaran yang diberikan kepada Caliph Buskers selepas...

Peguam Wakili Bekas Kakitangan...

SINGAPURA - Para peguam Singapura mewakili Xavier Andre Justo, bekas kakitangan PetroSaudi International,...

PPDNKK Kedah Rampas Barang...

ALOR SETAR - Sebanyak 4,000 kilogram (kg) minyak masak, tepung dan gula bernilai...

Wanita Dipenjara Simbah Minyak Petrol Di Rumah Jiran

KUALA LUMPUR – Seorang kerani bank hari ini dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini selepas didapati bersalah menyimbah minyak petrol di hadapan rumah jiran bekas teman lelakinya.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Melati Hassan, 47, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap wanita itu kerana gagal menunjukkan kad pengenalan dan memerintahkannya menjalani kedua-dua hukuman penjara itu secara serentak bermula hari ini.

Dia didakwa melakukan khianat dengan menyimbah minyak petrol di hadapan rumah milik Amar Amjad Mohd. Basari, 30, di Permai Court 1, Taman Dato Ahmad Razali Ampang di sini pada 2 pagi, 13 November 2012.


Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori