Kita sedia maklum bahawa harga parkir di kompleks beli belah tidak sama. Sesetengahnya lebih mahal dari yang lain, biasanya mengikut lokasi dan caj ditentukan pihak pengurusan parkir terlibat.
Tapi itu kompleks beli belah – kita tahu bahawasanya orang yang pergi ke sana dengan tujuan mahu santai dan berbelanja jadi biasalah kalau perlu keluarkan wang sedikit untuk berhibur.
Hospital sebaliknya. Orang yang datang ke sana sama ada sakit atau mahu mengunjungi orang sakit. Ia bukan untuk tujuan berhibur malah ramai yang ke sana tanpa rela pun sebaliknya kerana kecemasan.
Jadi bila caj parkir yang nak tak nak mesti dikeluarkan (takkan pesakit nak jalan jauh-jauh kan?) terlalu mahal tidakkah ini membebankan lagi orang yang sudah dalam kesusahan?
Itulah yang disuarakan seorang pengguna menerusi Facebook apabila berkongsi kisah bagaimana dia terpaksa membayar sampai RM23 dan RM35 untuk kos parkir kereta selama sehari bagi menemani bapanya yang sakit di sebuah hospital.
Dia hairan dengan kos parkir tersebut yang bukan sahaja berlipat kali ganda mahal daripada parkir pusat beli belah terkemuka malah mengatasi harga parkir hospital swasta tertentu.
Sedangkan hospital tersebut bukan swasta sepenuhnya jadi kalau yang terlantar di situ bukan orang senang dah tentu kos parkir tambah membebankan golongan tersebut.
Betul juga tu, malah kalau hotel dan lapangan terbang pun rasanya masih masuk akal lagi harga parkir melampau begini.
Tapi hospital? Rasa memang tak patutlah kerana ia seolah-olah menindas golongan pengguna.
Tak kiralah kalau alasannya parkir terhad sekali pun, sebab orang sakit akan sentiasa ada jadi parkir takkan kosong pun kalau caj lebih rendah dikenakan. Tak payahlah syarikat yang dapat tender parkir tu risau sangat tak dapat untung.. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC