Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rita Rudaini Gertak Saman...

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak post haa makanlah saman... Begitulah yang menimpa nasib...

Longgokan Sampah Cemari Sungai...

BUTTERWORTH - Aspek kesihatan penduduk Permatang Pauh diabaikan kerajaan negeri pakatan pembangkang Pulau...

Selangor Setuju Terima Cadangan...

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor bersetuju menerima cadangan Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai...

Umum Buka Sesi Persekolahan...

KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan hanya akan dibuka selepas Kementerian Pendidikan (KPM) yakin...

Wisma Putra, Bantu Ibu Ini Bawa Kembali Anaknya Dari Pakistan

Seorang ibu berharap Wisma Putra akan membantu membawa kembali anaknya yang diculik oleh suaminya, Mohammad Talib Abdur Rauf.

Zarena Bibi Omar Din, 37, seorang kerani berkata, beliau tertekan memikirkan nasib anaknya, Mohammad Ziad Talib, 9, yang telah diambil oleh Mohammad Talib, 55 seorang warga Amerika Syarikat yang berasal dari Pakistan.

“Saya tidak bertemu Ziad selama lapan bulan dan saya percaya dia berada di Pakistan,” katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional di Ipoh, semalam.

Zarena berkata pada 31 Januari lalu, dia dan Ziad dipaksa oleh suaminya pulang ke kampung halamannya di Mansehra, Pakistan dan dijadualkan kembali pada 3 Februari lalu. Bagaimanapun, apabila mereka tiba di rumah keluarga Mohammad Talib pada 2 Februari, dia diberitahu dia diculik dan mengugut untuk membunuhnya.

“Dia mengugut untuk membunuh saya jika enggan menyerahkan sebuah rumah di Bandar Sunway di sini, kereta Kembara dan tebusan RM18,000. Saya juga dipisahkan dari anak dikurung lebih daripada sebulan serta dilarang daripadamenghubungikeluarga saya,” katanya.


Zarena Bibi juga mendakwa dia turut diserang dan dipaksa untuk menandatangani dua perjanjian dalam bahasa Inggeris dan Urdu dan diancam tidak akan dihantar pulang ke Malaysia serta mati di Pakistan.

“Sayamenerima panggilan daripada suami saya pada 8 Mac mengatakan bahawa saya akan dihantar pulang dengan syarat saya menyerahkan rumah, kereta dan wang. Dua hari kemudian, saya telah diberi tiket penerbangan pulang tetapi anak saya masih ditahan oleh keluarga suami di sana, ” katanya. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • culik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori