ORANG kata, anak itu pembawa rezeki.
Mungkin itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan perjalanan karier pelakon Zain Saidin apabila dikatakan sudah dilamar sebagai duta oleh sebuah syarikat produk haruman kereta.
Yalah, dalam pada menghitung hari menunggu kehadiran cahaya mata pertamanya dengan Rozita Che Wan, mencurah-curah pula rezekinya.
Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua pihak itu akan memeterai kontrak pada bila-bila masa sahaja.
Pada masa yang sama, Zain dan rakan-rakan juga dikhabarkan akan mengadakan bengkel senaman di seluruh negara pada November nanti.
Kalau ada yang berminat, bolehlah sertai aktiviti tersebut dengan yuran yang cukup berpatutan.
Ha, inilah yang dikatakan pandai mencari peluang untuk tambah pendapatan, betul tak?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC