Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

China, ASEAN Lengkapkan Pelan...

SINGAPURA - Usaha Satu Jajaran, Satu Laluan (OBOR) oleh China dan Pelan Induk Kesalinghubungan...

Sukan SEA: Malaysia Ke...

GOL tunggal hasil tandukan penyerang, N. Thanabalan, membawa Malaysia melayakkan diri ke perlawanan...

Perangai Bakal Pengantin Yang...

SELESAI berpuasa, kini tiba masa untuk menghadiri jemputan perkahwinan pula. Baik perkahwinan saudara...

TH Lulus 19 Syarikat...

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) meluluskan 19 syarikat pelancongan tempatan sebagai...

Zambry Mahu LPA Lahir Ramai Pemain Berbakat Perak

IPOH – Kejohanan Liga Perak Amanjaya (LPA) 2014 yang dilancarkan di sini diharap dapat melahirkan ramai pemain berbakat untuk mewakili pasukan negeri dan negara.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melancarkan LPA di kediamannya malam tadi berkata usaha yang dilakukan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) itu diharap mampu mengenal pasti anak muda yang berbakat di peringkat kampung dan daerah untuk diketengahkan.

“Kita sudah hilang identiti Perak. Sebelum ini banyak pemain kita yang berasal dari negeri ini tetapi hari ini kita mengambil pemain luar.

“Jadi menerusi LPA, saya percaya jika mereka (pemain) diberikan masa dua tahun dari sekarang, mereka akan memberikan impak yang besar kepada bola sepak tanah air kita,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Teknik dan Pertandingan PAFA, Datuk Mohd Shahrul Zaman Yahya berkata LPA 2014 bukan sahaja mahu mencari bakat baharu malah melatih serta menyediakan pelbagai program untuk mendorong mereka bermain secara profesional.

“Antaranya PAFA akan mengadakan Kem Bola Sepak Aman Jaya bawah 15 tahun di setiap kawasan Parlimen, mengadakan Kem Bola Sepak Remaja Amanjaya bawah 17 tahun, memilih satu sekolah untuk dijadikan Pusat Kecemerlangan Bola Sepak, mengadakan karnival bola sepak dua kali setahun serta mengadakan kursus pembangunan kejurulatihan.


“Ini juga sebagai pemilihan bagi PAFA sendiri untuk mencungkil bakat baharu untuk persediaan menghadapi musim bola sepak akan datang,” katanya.

Kejohanan LPA 2014 bawah 20 tahun bermula seawal Jun lepas di kesemua 24 kawasan Parlimen bagi membentuk pasukan yang akan mewakili Parlimen masing-masing bagi saingan peringkat negeri yang akan diadakan pada 13 Sept hingga 1 Okt.

Juara peringkat negeri akan membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta Piala Perisai Amanjaya Menteri Besar Perak manakala naib juara akan menerima RM15,000.

LPA merupakan program anjuran Jawatankuasa Teknik Pembangunan dan Pertandingan (PAFA). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori