Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Tak Perlu Risau Bergaul...

NILAI - Masyarakat tidak perlu risau untuk bergaul dengan pesakit COVID-19 yang sudah...

RM2.5 juta Untuk Kerja...

KUALA LUMPUR - Perunding politik, Datuk Habibul Rahman Kadir Shah mengesahkan wang yang...

Siti Kasim Bertanding PRU-15...

PETALING JAYA : Kumpulan inisiatif bersama yang membantu menilai dan mempromosikan calon-calon bebas...

Sultan Kelantan Berkenan Saksikan...

BACHOK - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menyaksikan Pertandingan Menembak Mahabbah Sempena...

Zara Zya Enggan Ulas Gosip Intim Dengan Fahrin Ahmad

PETALING JAYA – Pelakon Zara Zya menganggap dakwaan kononnya hubungannya dengan aktor Fahrin Ahmad yang dilihat semakin mesra hanya gosip biasa.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai laporan berkenaan ketika ditanya lanjut mengenai perkara itu.

“Saya tiada komen dan itu hanya gosip biasa sahaja,” katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada mStar Online pada Ahad.

Sebuah akhbar mingguan dalam ruangan gosipnya melaporkan kedua-dua pelakon itu kelihatan mesra kerana sering berbalas komen di laman sosial Instagram milik Zara.


Malah ada beberapa gambar yang dimuat naik oleh Zara turut dikomen oleh Fahrin dan peminat juga seakan-akan gembira melihat keakraban mereka berdua.

Dalam pada itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kepastian lanjut mengenai hubungan sebenar pasangan berkenaan bagaimanapun tidak dibalas pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama bersiri Love You Mr Arrogant itu. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori