NAMPAKNYA bukan hanya pengacara wanita sahaja yang perlu berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian, hos lelaki pun perlu juga menitik beratkan perihal ini agar penampilan sentiasa kelihatan kemas dan tidak ada cacat celanya di mata penonton.
Ini kerana penampilan pengacara konsert mingguan Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) iaitu Zizan Razak yang tampil dengan seluar ketat sehingga menampakkan benjolan alat sulitnya mendapat kritikan daripada sesetengah peminat yang menonton program popular itu, Ahad lalu.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Zizan menyatakan hal itu adalah sesuatu di luar kawalannya dan telah memohon maaf mengenainya.
“Saya minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan.
“Ini memang kelakar, tapi nak buat macam mana benda di luar kawalan saya.
“Saya tak tahu macam mana nak jelaskan hal ini. Ia adalah seluar tajaan dan ukuran sudah dibuat awal-awal lagi mengikut saiz saya.
“Cuma tak sangka pula bila sudah pakai nampak sendat dan ketat di bahagian itu. Saya minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan,” katanya memetik Harian Metro.
Zizan turut menambah dia tidak boleh berbuat apa-apa termasuk menukar seluar pada ketika itu kerana tiada sebarang seluar gantian yang disediakan sepanjang mengacarakan konsert minggu pertama AF 2014.
Takpelah Zizan, ambillah perkara ini sebagai pengajaran dan elakkanlah memakai pakaian yang terlalu ketat, sebab nanti dah lari fokus pula penonton, dari nak tengok peserta, kang tak pasal-pasal mata asyik terpandang kat bahagian situ je pulak.. Tak gitu? –MYNEWSHUB.CC
Oleh: AUDREY LEE