Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mahkamah: Pemandu Lori Tukar...

HULU TERENGGANU - Seorang pemandu lori menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah...

Saintis Kesan Isyarat Radio...

LONDON : Sekumpulan saintis berjaya mengesan satu isyarat radio dipercayai dihantar dari galaksi...

Pembunuhan U Ko Ni,...

U Ko Ni, 53 seorang pemimpin Muslim Myanmar telah dibunuh di Lapangan Terbang...

Polis Tahan 4 Lelaki...

BALIK PULAU: Polis menumpaskan sindiket memproses dan menjual air ketum selepas menahan empat...

Zon Bebas Cukai, Lokasi Pertama Calon Bebas Berkempen

TUMPAT – Zon Bebas Cukai yang terkenal di Pengkalan Kubor, di sini dijadikan lokasi pertama calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47 berkempen menerangkan misinya menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, 25 Sept ini.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi MARA dan pensyarah beberapa universiti swasta itu dilihat mengambil kesempatan beramah mesra dengan peniaga dan pembeli yang sesak di kompleks membeli belah itu, hari ini.

“Tolong saya kali ini dan jangan takut undi saya,” katanya kepada setiap individu yang ditemuinya di situ.

Kehadiran Izat Bukhary bersama beberapa penyokong dengan lagak memegang pen dan menyelitkan kata-kata pengajaran, turut menarik orang ramai di sekitar kawasan itu.

“Kenapa pilih saya…lihat ini saya pegang pen, belajar dengan pen, kita tunjuk dengan pen, kita bergaya dengan pen dan kita senyum pun dengan pen,” katanya yang menjadikan pen sebagai lambang pada kertas pengundian sebagai calon Bebas pada PRK berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas berkempen, Izat Bukhary sempat berjenaka: “Tulisan melalui pen saudara juga penting bantu saya”.

Beliau turut menafikan dirinya ditaja pihak tertentu untuk bertanding pada PRK berkenaan sebaliknya menjelaskan beliau hanya mahu berbakti kepada penduduk di DUN berkenaan.

“Kehadiran saya bukan untuk memecah belahkan undi, sebaliknya saya mahu membantu penduduk di sini berdasarkan kepakaran saya dalam bidang seni reka bentuk dan pendidikan,” katanya.


Izat Bukhray juga yakin mampu membuat perubahan besar termasuk dari segi pembangunan di DUN itu jika diberikan mandat.

Beliau yang tiba-tiba sebak turut melahirkan hasrat untuk melihat syiar Islam terus menyinar setelah mendakwa PAS, gagal berbuat demikian di Kelantan.

Katanya beliau tidak akan mengadakan ceramah seperti calon parti lain sebaliknya akan bertemu pengundi secara ’empat mata’ seperti dilakukan hari ini.

“Saya tidak ada wang tetapi saya ada pengalaman dan itu yang saya janjikan kepada pengundi,” katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, Izat Bukhary yang bertanding atas tiket Bebas di DUN itu, hanya meraih sebanyak 65 undi.

Pada PRK ini, Izat Bukhary akan menentang calon BN, Mat Razi Mat Ail dan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

PRK tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori