KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang sudah mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 105,474 sehingga 26 Okt, penambahan 494 berbanding hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Menurut kenyataan jabatan itu di sini hari ini, data terkini itu menunjukkan bilangan syarikat yang mendaftar untuk GST semakin meningkat sebelum tarikh akhir pada 31 Dis.
Kerajaan menyasarkan 140,000 syarikat mendaftar untuk struktur percukaian baharu itu yang akan dilaksanakan mulai 1 April, 2015. – BERNAMA