KUALA LUMPUR – Jumlah syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebanyak 110,122 sehingga 28 Okt, 2014 meningkat 2,611 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata data terbaharu itu menunjukkan jumlah syarikat yang mendaftar untuk GST terus bertambah dengan tarikh akhir berbuat demikian adalah pada 31 Dis.
Kerajaan telah menetapkan sasaran 140,000 syarikat mendaftar di bawah struktur cukai baharu itu yang bakal dilaksanakan pada 1 April, 2015. – BERNAMA