Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Selesa Kawan Dengan Zizan,...

KONTROVERSI 'percintaan' antara pelakon Mira Filzah dan pelawak terkenal, Zizan Razak bagaikan tiada...

SPRM Kesan Anggota Polis...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah sedang mengesan seorang koperal...

VIDEO: Lelaki Gelandangan Yang...

"JIKA anda tunggu untuk mampu melakukan segalanya untuk semua orang daripada melakukan sesuatu...

Kemalangan 2 Beradik Maut...

KUANTAN - Dua beradik maut selepas kenderaan jenis Toyota Innova yang dinaiki bersama...

16 Maut, 300 Dikhuatiri Hilang Tanah Runtuh Di Sri Lanka

COLOMBO – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh manakala lebih 300 dikhuatiri hilang dalam kejadian tanah runtuh di wilayah tanaman teh di Sri Lanka, hari ini.

Jurucakap Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sarath Kumara, berkata tanah runtuh itu memusnahkan ladang teh yang terkenal di timur Colombo pagi ini, dengan beberapa kediaman tertimbus sedalam kira-kira sembilan meter.

Anggota tentera cuba untuk mengorek tanah runtuh berkenaan bagi menyelamatkan mangsa, namun usaha menyelamat terjejas berikutan berlaku kerosakan jalan raya di kawasan berkenaan.

“Kami mendapat laporan kira-kira 140 kediaman musnah dihanyut oleh banjir lumpur.

“Yang terbaru, kita mendapat laporan sekurang-kurangnya 300 orang dikhuatiri hilang,” katanya.

Kumara berkata, 16 mayat berkenaan berjaya ditemui pada tengah hari selepas bencana berkenaan semakin pulih di wilayah Koslanda, kira-kira 200 kilometer timur ibu negara Sri Lanka.


Mangsa dikenal pasti sebagai pekerja ladang dan ahli keluarga mereka.

Pegawai ketenteraan di kawasan berkenaan, Mejar Jeneral Mano Perera, berkata kira-kira 20 unit dikerah dalam operasi menyelamat di kawasan pergunungan yang tidak stabil itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat tergendala akibat keadaan kawasan berkenaan yang berkabus.

Kejadian tanah runtuh itu bermula pada jam kira-kira 7.45 pagi waktu tempatan dan berlaku selama 10 minit, kata Perera. – AFP

BEBERAPA penduduk melihat kesan kerosakan pada sebuah rumah selepas dilanda tanah runtuh di wilayah tanaman teh di Sri Lanka, hari ini. – Foto AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori