Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

SPRM Masih Tunggu Dokumen...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menunggu maklumat lanjut berkaitan dakwaan...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter melanda Kepulauan...

India, ASEAN Mahu Tingkat...

NEW DELHI - India dan negara-negara di rantau Asia Tenggara meningkatkan usaha membentuk...

Pengusaha Tanaman Makanan Digalak...

SANDAKAN - Pengusaha tanaman makanan khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran di negeri ini digalakkan...

1,800 Tong Gas LPG Dirampas Di Port Dickson

PORT DICKSON – Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Port Dickson merampas 1,800 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di sebuah premis di Sua Bentong dekat sini, hari ini.

Ketua Cawangan KPDNKK Port Dickson Firdus Zakaria berkata dalam operasi 12 tengah hari itu, tujuh anggota penguatkuasa turut merampas dua tangki besar, dua treler dan peralatan memindahkan gas bernilai RM300,000.

“Serbuan itu dibuat selepas kami menerima aduan orang awam mengenai kegiatan pemindahan gas LPG daripada tong bersubsidi kepada tong lebih besar.

“Kita merampas 900 tong berisi gas dan 900 tong kosong dalam treler itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Dalam serbuan itu, pihak KPDNKK juga menahan lelaki berusia 75 tahun, yang memandu treler itu, untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan.

Firdaus mengingatkan pengguna supaya menimbang setiap tong gas yang dibeli di pasaran bagi memastikan kandungannya mencukupi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori