Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat Lulus Usul...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk insiden serangan...

Tragedi Kepala Air: Mangsa...

KEMAMAN – Mayat kesembilan tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih di sini...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda...

Kerap Bersenam Mampu Buat...

SETIAP individu perlu bersenam sebanyak lima higga enam kali seminggu untuk mengelakkan arteri...

2 Beradik Curi Mayat Untuk Dimasak Gulai

PUNJAB – Peristiwa dua beradik menggali kubur dan mencuri mayat untuk dimasak gulai telah mengejutkan seluruh penduduk di Pakistan.

Meskipun ia berlaku pada bulan April lalu, namun kes berkenaan terus diperkatakan kerana ia bertentangan dengan norma-norma hidup manusia biasa, apatah lagi apabila dua beradik itu iaitu Mohammad Arif Ali dan Mohammad Farhan Ali didakwa mencuri 100 mayat untuk dimakan.

Dua beradik itu sebelum ini pernah ditahan di penjara selama dua tahun selepas polis menemui mayat wanita berusia 24 tahun yang dicuri dari kuburnya pada 2011.

Selepas dibebaskan, Arif dan Farhan sekali lagi ditangkap awal tahun ini setelah polis menemui kepala seorang budak berusia tiga tahun di rumah mereka.


Susulan kes berkenaan, satu rang undang-undang anti-kanibalisme bakal dibentangkan di Parlimen bagi mengharamkan makan mayat untuk tujuan ilmu hitam.

Ia termasuk mengharamkan penggunaan mayat dengan tujuan untuk masak, makan, jual atau ilmu hitam.

Undang-undang itu bakal menyaksikan mereka yang mencuri mayat berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sekurang-kurangnya penjara tujuh tahun jika makan mayat yang baru meninggal dunia.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori