Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

JKKK Penting Tarik Rakyat...

KENINGAU - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan entiti yang amat penting...

Sudah 7 Tahun Hilang,...

BARU-BARU ini tular di Twitter mengenai seorang gadis yang berkongsi kisah mengenai abangnya...

Bayangan Faye Muncul Selepas...

"SELEPAS bercerai saya terdetik untuk melakukan solat Istikharah, sebagai lelaki normal sudah tentu...

GPS Tidak Akan Bagi...

SIBU – Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan memberi laluan mudah kepada Pakatan...

2 GAMBAR: PDRM Musnahkan Baki Bom Di Bukit Bintang

Tahniah diucapkan kepada Skuad Pemusnah Bom PDRM kerana berjaya memusnahkan bom tangan yang tidak meletup selepas dibaling individu tidak dikenali di depan kelab malam di Sun Complex, 4.20 pagi tadi.

bom bukit bintang

Dalam kejadian menggemparkan ini, seorang terbunuh iaitu joki kereta dikenali sebagai Tiong Kwong Yie,36, yang sempat dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun menghembuskan nafas terakhir ketika menjalani pembedahan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai membaling bom dari tingkat atas bangunan.

(BIAR Polis Siasat Punca Dulu – Menteri – KLIK)

Satu daripada bom meletup di hadapan kelab malam namun satu lagi tidak meletup dan berada di bawah sebuah kereta Toyota Camry yang terletak berhadapan kelab malam tersebut.


PDRM masih menjalankan siasatan dan tidak menolak kejadian letupan ini ada kena mengena dengan permusuhan sesama geng kongsi gelap.

UNTUK BACA LAPORAN AWAL KLIK >>> Joki Kereta Maut, 12 Cedera Letupan Di Hadapan kelab Malam

Dalam pada itu juru cakap HKL mengumumkan, 11 daripada mangsa kejadian letupan Bukit Bintang iaitu tujuh lelaki dan empat wanita mendapat rawatan di hospital tersebut iaitu lima warga tempatan, empat warga China serta masing-masing seorang warga Thailand dan Singapura.

Selain warga tempatan yang meninggal dunia ketika menjalani rawatan pembedahan, sepuluh mangsa lain masih dirawat di bahagian kecemasan dengan dua daripadanya di zon merah. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori