Kadang-kadang sekolah yang diharapkan menjadi tempat selamat untuk anak-anak belum tentu menjamin perkara tersebut.
Hal ini kerana perbuatan sesetengah pelajar ketika bersama kawan-kawan tidak dapat dijangka.
Sebagai contoh kejadian di sebuah sekolah menengah di Kangar, Perlis jam 11.30 pagi tadi apabila seorang pelajar tingkatan 3 maut serta merta selepas terjatuh dari siling berketinggian 40 kaki.
Muhamad Hakimi Zulkifli,15, dipercayai memanjat siling dewan sekolah sebelum kejadian mengejutkan ini berlaku.
Mungkin mangsa menyangka cantuman siling cukup kukuh namun sebaliknya berlaku lalu meragut nyawanya.
Apa pun, punca sebenar mangsa bertindak sedemikian masih belum diketahui.
Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di muka. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC