Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sufian Suhaimi Lancar Klip...

HARI INI sepatutnya menjadi detik terindah buat penyanyi, Sufian Suhaimi yang merancang untuk...

Budak Perempuan Maut Dilanggar...

KANAK-KANAK perempuan maut selepas motosikal dinaiki dilanggar teksi di Jalan Maarof, simpang Jalan...

MCA N.Sembilan Agih 888...

SEREMBAN - MCA Negeri Sembilan akan mengagihkan 888 batang anak pokok limau kasturi...

Menteri Tidak Minat Hadir...

KUALA LUMPUR - Pembangkang hari ini mencadangkan Dewan Rakyat dibubarkan susulan kehadiran mengecewakan...

2 GAMBAR: Tangan Ibu Tunggal Di Ajil Yang Dikeratnya Sendiri

*AMARAN! Gambar dalam teks ini mungkin terlalu ekstrem untuk sesetengah orang!!

Semalam kami ada siarkan berita tentang seorang ibu tunggal berhati kering di Kampung Durian Kasim, Ajil, Terengganu yang tergamak memotong tangan kirinya sehingga putus.

BACA >> Wanita Potong Tangan Guna Tiga Pisau

Susulan itu gambar tangan kiri mangsa yang terpisah dari lengannya dan sempat dibawa ke hospital untuk cuba dicantum semula kini telah beredar di laman-laman sosial.

IMG-20141010-WA0035

Wanita berusia 23 tahun berkenaan dipercayai memotong tangan sendiri dalam bilik air menggunakan tiga pisau pemotong daging tanpa disedari ahli keluarganya sekitar jam 10 pagi kelmarin.

Perbuatannya hanya terbongkar selepas dia keluar dalam keadaan berlumuran darah dan akhirnya rebah di perkarangan rumah.


Adiknya yang melihat keadaan mangsa segera memberitahu ahli keluarga yang lain sebelum mereka menemui tangan kiri mangsa di bilik air bersama tiga bilah pisau.

Mangsa segera dibawa ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk mendapatkan rawatan.

Namun difahamkan, mangsa kini berada di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan setelah dirujuk ke sana oleh HHT untuk berjumpa pakar perubatan.
– mynewshub.cc

REM RAMZI/MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori