Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

SPRM Terus Unggul Banteras...

KUALA LUMPUR - Bermula dengan hanya sebuah unit kecil di bawah Jabatan Perdana...

Tengku Maimun Dilantik Ketua...

PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Ketua...

Azharina Juara GV3, Menang...

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Azharina Azhar yang berjaya menjuarai program nyanyian Gegar Vaganza...

Lelaki Hilang Di Gunung...

SEREMBAN - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Gunung Gagak, Rembau dekat sini...

2 Lelaki Dikhuatiri Lemas Terjatuh Daripada Rakit Di Sungai

GUA MUSANG – Dua lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras selepas terjatuh daripada rakit buluh yang dinaiki mereka di Sungai Aring di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah hari ini berkata mereka dikenali sebagai Mohd Nor Abdul Rahman, 47, dari Taman Sri Medan, Petaling Jaya, Selangor, dan Nasrul Hafiz Shahrudin, 29, dari Taman Desa Rhu Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.

“Ketika kejadian kira-kira 7 malam itu, kedua-dua lelaki itu bersama lapan rakan lain sedang berkelah di Kuala Koh sebelum menaiki rakit buluh yang dipinjam daripada penduduk Orang Asli untuk memancing ikan,” katanya sambil menambah mereka tiba di lokasi perkelahan itu pukul 12 tengah hari.

“Rakit buluh itu melanggar batu di tengah sungai menyebabkan kesemuanya terjatuh dan dihanyutkan arus,” katanya kepada pemberita di sini sambil menambah lapan yang lain dapat menyelamatkan diri.


Operasi mencari membabitkan polis, anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam masih diteruskan.

Seorang mangsa yang terselamat, Anuar Ali, 36, berkata: “Memang kami datang untuk berkelah. Saya bersyukur kerana selamat tetapi sedih dua rakan kami hilang.” – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori