Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bajet 2016 Diharap Mesra...

TAWAU - Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berharap...

Tambahan Perbelanjaan Projek LCS...

KUALA LUMPUR : Pembinaan semula Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) mengalami...

Jordan Bantu Malaysia Bebas...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Jordan kini membantu Malaysia dalam usaha pembebasan seorang rakyat...

Ahli Perniagaan ‘Datuk’ Nafi...

MIRI – Seorang ahli perniagaan terkemuka dalam industri minyak dan gas, yang berusia...

2% Majikan Diperiksa Tidak Patuhi Perintah Gaji Minimum

KUALA LUMPUR – Sebanyak dua peratus atau 485 daripada 24,437 majikan yang telah diperiksa di seluruh negara sehingga 31 Ogos tahun ini didapati tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata notis pematuhan telah dikeluarkan kepada majikan degil dan tindakan undang-undang akan diambil jika perlu.

“Jabatan Tenaga Kerja di seluruh negara telah mula menguatkuasakan sepenuhnya perintah itu sejak Januari 2014.

“Menerusi pelaksanaannya (gaji minimum), kerajaan berharap ia dapat digunakan sebagai asas bagi pengiraan bayaran lain termasuk caruman keselamatan
sosial bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, caruman Keselamatan Sosial dan pengiraan bayaran kerja lebih masa,” katanya pada seminar pelaksanaan gaji minimum berdasarkan pengalaman negara anggota Asean di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Perintah Gaji Minimum diwartakan pada 16 Julai, 2012 dan dikuatkuasakan mulai 1 Jan tahun lepas selepas pewartaan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.


Ketika ini, gaji minimum yang merupakan gaji asas ditetapkan RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ismail berkata lebih 90 peratus negara di dunia telah melaksanakan gaji minimum manakala negara anggota Asean seperti Vietnam, Filipina, Kemboja dan Myanmar telah melaksanakannya lebih awal daripada Malaysia.

Berhubung semakan skim gaji minimum, beliau berkata ia akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini selepas kajian terperinci dan menyeluruh.

“Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sedang melihat apa perlu dibawa dan dibentangkan kepada kerajaan di Kabinet nanti. Lepas itu, baru kita tahu kerana menerangkan isu ini bukanlah senang.

“MPGN sedang bertungkus-lumus melihat pandangan dari semua pihak termasuk majikan dan pekerja untuk semakan semula dan saya berharap semakan ini akan membawa faedah kepada semua pihak,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori