Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

ADUN Kuamut Sah Sertai...

TENOM - Selepas 25 hari meninggalkan Parti Upko, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Umur Bersara M’sia Naik...

PUTRAJAYA: Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) menjangkakan had usia persaraan di negara ini...

NS Beri Insentif RM100,000...

SEREMBAN - Kerajaan negeri hari ini menyampaikan insentif wang tunai RM100,000 masing-masing kepada...

Pemohon Rumah Impian Bangsa...

JOHOR BAHRU - Para pemohon Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) diminta mengemaskini data...

2 Nelayan Dikhuatiri Lemas Bot Karam Di Pantai Jerejak

GEORGETOWN – Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki dipercayai karam di perairan berhampiran Pantai Jerejak, di sini, sebentar tadi.

Bot kecil yang dipercayai dinaiki dua lelaki itu karam selepas mengalami kebocoran ketika keluar menangkap ikan kira-kira jam 2.50 petang tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah (1) Pulau Pinang, Asisten Komisioner, Mohd Yusof Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri mengenai kejadian itu kira-kira jam 3 petang tadi.

“Sebuah bot marin sudah diarah untuk ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat.


“Kita masih belum dapat mengesan kedudukan sebenar bot yang karam itu dan maklumat lanjut masih belum diperoleh,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Dua. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori