Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Barat Dan Sekutu Berkomplot...

ILMUAN Islam terkemuka, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam ucapannya Sabtu lalu mendakwa Barat...

Jenazah Ibu Pasangan Kembar...

MARANG - Jenazah ibu pasangan kembar tiga yang terlibat dalam nahas jalan raya...

Fasa Keempat Banjir Di...

KUALA TERENGGANU - Fasa keempat bencana banjir di Terengganu tamat hari ini dan...

Terrence Goh Mungkin Kelirukan...

KUALA LUMPUR – Pengarah Kewangan SRC International Sdn. Bhd. sebelum ini mungkin dengan...

2 Premis Perniagaan Musnah Di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU – Dua premis perniagaan membabitkan sebuah kedai makan dan kedai membaiki kusyen musnah dalam kebakaran di Kampung Paloh, dekat sini, petang semalam.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Wan Azmi Ahmad berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Sebanyak tiga jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Terengganu bersama-sama 18 anggota dikejarkan ke tempat kejadian. Punca kejadian dan anggaran kerugian masih disiasat, katanya kepada Bernama.

Sementara itu, sepasang suami isteri yang menguruskan sebuah kedai makan di premis bersebelahan berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran itu.


Nur Syuhada Abu Hassan, 27, berkata ketika kejadia, beliau sedang memasak di dapur bersama-sama suaminya sebelum dikejutkan dengan jeritan pelanggan.

“Panik dengan jeritan itu, saya dan suami bergegas keluar dan melihat api sedang marak membakar dua kedai bersebelahan kedai kami,” katanya menambah lapan pelanggannya yang sedang menjamu selera bertempiaran lari menyelamatkan diri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori