Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Thai Nafi Warga Malaysia...

BANGKOK – Polis Imigresen Thai menafikan laporan media Malaysia yang mendakwa pegawai-pegawainya menyekat...

‘630,000 Baris Maklumat Kerajaan...

GEORGETOWN: Kira-kira 630,000 baris maklumat daripada laman web pangkalan data kerajaan negeri Pulau...

Banyak Restoran Indah Di...

KEBANYAKAN restoran di Kuala Lumpur kelihatan bersih dari luar tetapi di bahagian dalam,...

UMNO Johor Mahu Semua...

JOHOR BAHRU - UMNO Johor hari memutuskan semua peringkat jawatan dalam parti itu...

Penceraian Nur Liyana – Romie Ditangguh, Suami Gagal Dikesan

PERBICARAAN penceraian Nur Liyana Abdul Manan dan suaminya Romie Razin Adilha Abd Jais ditangguhkan kepada 4 Disember depan apabila Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan tarikh untuk pihak plaintif, Nur Liyana Abdul Manan menghantar laporan penyampaian secara ganti.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Syarie Azmi Aziz setelah defendan, Romie, 34, gagal hadir ke mahkamah pada sebutan kali pertama, semalam, memetik laporan Sinar Harian.

Nur Liyana Abdul Manan

Berikutan itu peguam, Siti Nur Aira Mat Joha yang mewakili Nur Liyana, 29 memohon tarikh baru untuk laporan penyampaian secara ganti atau tampalan.

Menurutnya, notis saman itu gagal diserahkan kepada defendan meskipun telah membuat serahan sebanyak tiga kali.

Serahan pertama dibuat pada 27 September lalu, diikuti pada 8 dan 10 Oktober namun Romie tidak berada di lokasi penyerahan.

“Kami telah cuba membuat serahan notis tersebut pada 27 September lalu jam 4.30 petang di rumah ibunya yang terletak di Taman Sri Andalas, Klang. Selain itu pada 8 dan 10 Oktober lalu, notis tersebut turut gagal diserahkan di pejabat defendan yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor,” katanya.

Nur Liyana yang sebelum ini memohon penceraian secara fasakh kemudian menarik balik berikutan Romie ingin bercerai secara baik.


Susulan itu, Nur Liyana memfailkan penceraian secara talak pada 15 September lalu  mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Rumah tangga Nur Liyana yang juga seorang ahli perniagaan menjadi tumpuan ramai selepas suaminya didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon muda, Hanez Suraya.

romie-hanez

Sepanjang perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Hanez Suraya dilaporkan pernah memutuskan hubungannya dengan Romie selepas isu rumah tangga kekasihnya itu hangat diperkatakan kerana tidak mahu dibabitkan lagi namun terdapat laporan mendakwa mereka kemudiannya kembali berbaik.
– MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori