Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bale, Ramos Terlepas Aksi...

MADRID- Real Madrid tidak dapat menurunkan dua bintangnya, Gareth Bale dan Sergio Ramos...

KCC RM368 Juta Mercu...

KANGAR - Kangar City Centre (KCC) bernilai RM368 juta yang akan dibangunkan di...

Abang Johari Mahu Pemimpin...

KUCHING - Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari...

Unimas IPTA Pertama Guna...

KUCHING - Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mencipta sejarah apabila muncul sebagai institusi pendidikan...

2,500 Guna Fon Kepala Tipu Periksa Di China

Xian (China) – Kira-kira 2,500 pelajar ditangkap menipu dalam satu peperiksaan untuk mendapatkan lesen farmasi di Xian awal minggu ini.

Menurut laporan stesen televisyen CCTV, penipuan itu dilakukan dengan mengguna fon kepala tanpa wayar dan ‘pemadam elektronik.’

Pegawai penjaga peperiksaan mulanya mengesan isyarat radio tidak normal di tujuh lokasi peperiksaan, tempat 2,500 bakal ahli farmasi menduduki ujian komprehensif.

Selepas disiasat, 2,440 pelajar ditangkap menggunakan fon kepala itu untuk menerima jawapan yang dihantar mengguna kod sementara bakinya mengguna pemadam elektronik.


Penganjur di sebalik penipuan itu menghantar calon palsu untuk menduduki ujian berkenaan dan dengan pantas menghafal soalan. Mereka kemudian menghantar jawapan kepada pelajar yang membayar lebih RM1,100 untuk mendapatkan perkhidmatan itu.

Kertas pemeriksaan mereka akan dimusnahkan dan mereka juga dilarang menduduk peperiksaan itu selama dua tahun.

Pihak berkuasa China baru-baru ini meluluskan undang-undang menetapkan hanya ahli farmasi berlesen dibenar menguruskan farmasi. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori