Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Cadang Kaji Paras Pendapatan...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bercadang mengkaji semula paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)...

Mayat 7 Imigran Dalam...

TRIPOLI - Sebuah lori sejuk yang ditinggalkan terbiar di pinggir bandar Qarabulli, kira-kira...

Tok Mat Negeri Sembilan...

Rasanya tiada siapa di Negeri Sembilan tidak mengenali sosok bernama Datuk Seri Mohamad...

Siapa ‘Couple’ Dengan Saya...

MEMALUKAN! Itulah apa yang dirasakan kami apabila status di Facebook seorang wanita Melayu...

3 GAMBAR: Haru!! Ekzos Motor Mat Rempit Melayang Masuk Kereta

Seperti kita sedia maklum ramai golongan mat rempit di Malaysia ni memang handal bab modified motosikal.

Paling ketara ekzos motosikal yang diubah daripada ekzos standard kepada ekzos yang lebih mesra rempit dan berbunyi macam nak pergi berperang.

Maka setiap kali mat rempit dengan ekzos modified ini meneran enjin di jalan raya pengguna lain terpaksa menahan sakit telinga.

Tapi satu insiden di Pasir Gudang baru-baru ini menunjukkan kegilaan mat rempit mengubah ekzos motosikal bukan sahaja menyumbang kepada pencemaran bunyi tetapi boleh meragut nyawa pengguna jalan raya lain.

Menerusi tiga keping gambar yang dikongsikan di laman sosial, seorang pemilik kereta menceritakan detik cemas bagaimana cermin kereta hadapannya tiba-tiba pecah selepas dihentam sesuatu.

Alangkah terperanjat dia apabila mendapati objek yang melayang menghentam cermin keretanya adalah ekzos motosikal yang masih panas.

ekzos melayang3


Mujur dia sempat mengelak, kalau tidak bayangkan muka hadapan akhbar keesokan harinya mungkin berbunyi ‘pemandu maut dengan ekzos terpacak di dahi!’.

ekzos melayang

Kepada mat rempit di luar sana, bawa-bawalah insaf.

Kegiatan menunggang motosikal dengan laju dan menggunakan ekzos modified adalah perbuatan syok sendiri yang hanya akan membuatkan anda dimaki hamun pengguna jalan raya lain.

Kalau tak mau dengar juga nasihat ni, maka tunggu sajalah nasihat daripada JPJ ketika sekatan jalan raya.. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori