Subhanallah, terdapat bermacam-macam cara Allah Taala mempamerkan kebesaranNya bagi mereka yang mahu berfikir.
Salah satunya kalimah ALLAH yang ditemui tertera pada tanduk seekor kerbau yang dijadikan ibadah korban sempena Aidiladha kelmarin.
Difahamkan, perkara ini disedari penduduk Kampung Berjaya, Guar Chempedak, Kedah ketika kerja-kerja melapah daging kerbau korban tersebut dilakukan.
Selain gambar kalimah ALLAH pada tanduk kerbau ini, turut tersebar di laman sosial adalah kalimah serupa pada hirisan daging korban yang dikesan di Masjid Bukit Kechil, Kota Kuala Muda, Kedah.
Semoga perkara sebegini mampu menjentik hati kita agar tidak alpa pada perintah ALLAH SWT yang perlu dilaksanakan bagi mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.
Wallahua’lam. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC