Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Kereta Polis & Van...

BATU PAHAT - Tujuh anggota polis, empat suspek pertuduhan mahkamah serta dua saksi...

PRN Sarawak: Amanah Hilang...

KUCHING - Parti Amanah Negara (Amanah) yang baharu ditubuhkan tujuh bulan lalu gagal...

Rahsia Muka Ketua Menteri...

TAHUN lalu, MYNEWSHUB pernah menyiarkan kisah seorang ahli politik India, Pinarayi Vijayan yang...

Peruntukan RM20,000 Wujud Industri...

PULAU TIOMAN - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi...

3 Lemas, 10 Masih Hilang Bot Karam Di Perairan Kota Tinggi

KOTA TINGGI – Tiga dijumpai lemas, manakala sekurang-kurangnya 10 masih hilang apabila bot dinaiki pendatang asing tanpa izin (PATI) karam di perairan pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar, dekat sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, 29 lagi PATI ditahan ketika bersembunyi di hutan berhampiran pantai berkenaan.

Jurucakap polis berkata, kejadian disedari sekumpulan anggota tentera yang sedang meronda pantai berkenaan apabila mendengar suara orang meminta tolong.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, mereka berjaya menahan beberapa PATI sebelum dimaklumkan bahawa bot yang dinaiki kumpulan berkenaan untuk pulang ke Batam, Indonesia, karam.

“PATI itu memaklumkan bahawa bot itu dinaiki antara 40 hingga 45 orang,” katanya.


Jurucakap polis berkata, pemeriksaan lanjut menemui mayat dua wanita dan seorang lelaki terdampar di pantai terbabit.

Susulan itu, katanya, seramai 29 PATI ditahan di kawasan hutan berhampiran pantai dan usaha masih dijalankan bagi mengesan baki penumpang bot berkenaan. – BH Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori