Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Abdul Latiff Tegaskan Tidak...

MERSING - Ketua UMNO Bahagian Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad hari ini menegaskan...

Dua Gimnas Kebangsaan Berkongsi...

IPOH – Dua gimnas kebangsaan, Siti Nur Bahirah Husniah Ahmad dan Greanie Ng...

Kalau Dah Lenjan 15...

KUALA LUMPUR - Pengacara dan penyanyi Alif Satar berjaya mencuri perhatian ramai apabila...

Kebakaran: Kesihatan 3 Jururawat...

JOHOR BAHRU - Keadaan kesihatan dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi Hospital Sultanah...

2 Pemain Harimau Malaya Sertai Kelantan Musim Depan

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa mengesahkan seramai dua pemain kebangsaan Harimau Malaya akan menyarung jersi The Red Warriors (TRW) pada tahun depan.

Beliau turut mengesahkan tiga pemain import yang merupakan pemain kebangsaan di negara masing-masing akan menyertai pasukan Kelantan bagi memperkuatkan pasukan itu dalam cabaran musim hadapan.

“Ketiga-tiga pemain import berusia antara 22 hingga 26 tahun itu akan menjadi tumpuan dalam usaha meremajakan TRW serta persiapan untuk bermain secara pantas dan menyerang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar memberitahu, senarai akhir 23 pemain yang akan mewakili TRW dalam saingan liga 2015 akan dimuktamadkan malam ini.


Beliau bagaimanapun mengakui Kafa berhadapan masalah kewangan dan penajaan dalam misi menyaingi lima pasukan gergasi di Malaysia yang mendapat tajaan kerajaan negeri masing-masing..

“Namun kita tidak mudah berputus asa dan akan bergadai gobek demi membentuk TRW yang kuat,” katanya.

Beliau dalam pada itu memaklumkan TRW akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bermula Disember menentang pasukan Timor Lester dan beberapa kelab terkemuka dari Thailand dan Jakarta serta Terengganu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori