Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Wanita Mengaku Tak Bersalah...

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu semalam...

Budaya Syura Penting Diamalkan...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah bahawa Islam menegaskan...

Hishamuddin Ke SPRM Beri...

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hadir memberi keterangan di...

MASwings Kuching-Pontianak-Kuching Digantung Pada...

KUCHING - MASwings akan menggantung perkhidmatan tiga kali seminggu antara Kuching dan Pontianak...

38 Nyawa Melayang Akibat Bom Kereta Di Iraq

Lagi nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa dalam dua serang berasingan yang berlaku di Bandar Iraq.

Mempercayai ia dilakukan militan, pihak polis berkata, bom pertama diletupkan berhampiran dengan tempat pemeriksaan polis di Khazimiyah, Barat Laut Baghdad.

Menurut laporan ABC News, insiden yang meragut 13 nyawa, termasuk tiga pegawai polis dan mencederakan 28 yang lain itu berlaku di kawasan kejiranan Syiah.

Bom kedua pula meletup di Wilayah Shoala, sebuah kawasan tumpuan yang membunuh 25 orang dan mencederakan ramai orang awam.

Menurut petugas paramedik, angka korban dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa berikutan keadaan kebanyakan mangsa yang parah.


Menurut laporan dari AFP, 12 orang terbunuh pada minggu lalu dalam satu serangan bom kereta yang disasarkan di Bandar Sadr.

Memetik laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 1,110 orang maut dalam tragedi berdarah di seluruh Iraq di sepanjang bulan September tahun ini. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori