Nak sertai pasukan bomba dan penyelamat, jiwa mesti kental.
Hal ini kerana mereka akan berdepan dengan pelbagai kejadian yang tak semestinya boleh didepani oleh semua orang terutama bila melibatkan kemalangan.
Sebagai contoh usaha memotong besi yang tertusuk di kaki seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan di Hospital Kulim, Kedah semalam kelihatan begitu mengerikan dan mesti dilakukan dengan hati-hati.
Lihat sajalah gambar di bawah. Tak dapat dibayangkan kesakitan dialami wanita terbabit (kalau tak dibius).
Kaki mangsa dikatakan tertusuk dengan besi ceracak tersebut selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Simpang Empat Keladi.
Semoga mangsa pulih dengan segera dan terima kasih diucapkan kepada semua abang bomba dari BBP Kulim Hi-Tech yang bertungkus lumus menjayakan khidmat khas semalam. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC