Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRU15: [TIDAK RASMI] Tok...

PETALING JAYA – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad...

Hamas-Israel Setuju Gencatan Senjata

GAZA - Pemerintah Islam Gaza, Hamas dan Israel bersetuju melaksanakan gencatan senjata awal...

Piala Malaysia: Pahang, JDT...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Pahang meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Piala Malaysia...

Hari Lahir Lebih Bermakna...

SAMBUTAN hari lahir pasti lebih bermakna dengan kehadiran insan yang telah bertarung nyawa...

455,839 Calon Duduki SPM Dari 3 Nov Hingga 4 Dis Ini

KUALA LUMPUR – Seramai 455,839 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,655 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dari 3 Nov hingga 4 Dis ini.

Mereka terdiri daripada 400,351 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, seramai 8,241 calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan dan 7,957 calon sekolah menengah agama negeri.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan hari ini seramai 12,066 lagi ialah calon sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, 25,701 calon persendirian dan 1,523 calon sekolah menengah agama rakyat.

Seramai 29,607 petugas dilantik bagi memastikan peperiksaan itu berjalan lancar seperti dijadualkan.


Lembaga Peperiksaan menasihatkan semua calon SPM 2014 supaya merujuk jadual waktu peperiksaan yang boleh didapati menerusi laman web http://www.moe.gov.my/lp.

Calon juga dikehendaki membawa kad pengenalan ke pusat peperiksaan bagi  memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori