Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Biar Suami Pukul Anak...

BENTONG: "Sememangnya saya patut menerima hukuman penjara kerana cuai dan tidak bertindak sesuatu...

Kealpaan Guna Mesin Deposit,...

KOTA BHARU - Seorang pembantu am merayu individu yang mengambil wang miliknya sebanyak...

Malaysia Juarai Piala Dunia...

SEPANG - Segala usaha gigih dan latihan selama tujuh bulan ternyata membuahkan hasil...

PAC Tidak Akan Berkompromi...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak akan berkompromi jika terdapat...

5 Kakitangan Awam, Pesara Dituduh Rasuah

BUTTERWORTH – Lima penjawat awam dan seorang pesara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan meminta dan memperoleh suapan berjumlah antara RM250 hingga RM1,500 dari tahun 2013 dan 2014.

Tertuduh, Mohd Yusob Md Rodzi, 48; Amran Che Amin, 38; Alias Md Yusof, 47; Shahirul Abdul Hamid, 40; Nor Roslan Che Ros, 53 dan Muhd Pakhri Hassan, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Yulie Lack.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Yulie kemudiannya membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan 19 November ini sebagai tarikh sebutan kes.

Hanya dua tertuduh, iaitu Shahirul dan Muhd Pakhri diwakili peguam manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Firdaus Abdullah dan Ahmad Ghazali Mohd Nazri. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori