Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar Dibelasah Senior Alami...

ALOR SETAR - Seorang pelajar tingkatan satu mengalami pendarahan pada usus dan buah...

Lebih 90,000 Kes Denggi...

PETALING JAYA - Sebanyak 92,891 kes denggi membabitkan 214 kematian direkodkan di seluruh...

Netizen Kagum ‘Skill’ Pemandu...

TIDAK semua pemandu bas atau kenderaan berat yang mempunyai kebolehan dan kecekapan luar biasa...

Muhyiddin Semakin Terdesak Mahu...

PADANG RENGAS - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

5 NGO Kemaman Buat Laporan Polis Terhadap Alvin Tan

KEMAMAN – Lima badan bukan kerajaan di Kemaman membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman hari ini terhadap penulis blog Alvin Tan kerana menghina pemimpin negara melalui blog dan facebook baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno bahagian Kemaman, Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Majlis Belia Daerah dan Majlis Belia Felda Malaysia cawangan Kemaman.

Setiausaha Pekida cawangan Kemaman Ahmad Fadhil Mohamad berkata perbuatan Tan itu boleh menimbulkan huru-hara di negara ini.

“Kita mahu PDRM bertindak lebih tegas terhadap Alvin Tan. Sebagai umat Islam kami bertanggungjawab untuk membuat laporan polis ini dan mengheret Alvin ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang berat.

“Ini supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat lain supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyinggung sensitiviti masyarakat dan agama,” katanya kepada pemberita. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori