Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

RTM Nafi Larang Mufti...

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysian (RTM) menafikan dakwaan yang disiarkan di Utusan...

Singapura Pertahan Hukuman Mati...

SINGAPURA : Semua orang yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura diberi proses yang...

Sentuh Anjing : Mufti...

Nampaknya isu penganjuran program I Want To Touch A Dog (IWTTAD) nampaknya semakin...

Nahas Helikopter TLDM: ‘Chon...

SIK : Keluarga Allahyarham Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, mangsa nahas dua...

5 Rumah Dilempar Molotov Cocktail Angkara Perbuatan Along

JOHOR BAHARU – Lima rumah di sekitar bandar raya ini dan Kulaijaya mengalami kerosakan kecil akibat dilempar bom botol atau ‘molotov cocktail’ dalam kejadian dua hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata kejadian terbabit dipercayai dilakukan oleh along dan berlaku antara 12 tengah malam dan 4 pagi.

“Kejadian melibatkan rumah di kawasan Johor Baharu Selatan, Nusajaya dan Kulaijaya. Ia dipercayai dilakukan along untuk menakutkan para peminjam yang dipercayai gagal membayar pinjaman mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Ismail berkata kejadian itu, bagaimanapun, tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada mangsa.


Beliau berkata sehubungan itu pihaknya kini sedang melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

“Kita memberi amaran kepada para peminjam wang bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka menggunakan kaedah yang melanggar undang-undang,” katanya.

Orang ramai dalam masa yang sama juga dinasihatkan supaya tidak meminjam wang daripada along bagi mengelakkan implikasi buruk, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori