Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tempah Tiket Separuh...

KUALA LUMPUR – Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir acara bola sepak Cerebral...

Manusia Tertua Berumur 117...

MANUSIA tertua di dunia, Nabi Tajima yang berasal dari Jepun telah menghembuskan nafas...

Pistol Bekas Pegawai Polis...

Selepas kehilangan kereta dan pistolnya semalam, polis hari ini berjaya menemui semula kereta...

Bunuh Anak Perempuan Kerana...

SEORANG lelaki yang mengalami masalah mental telah membunuh anak perempuannya yang berusia empat tahun...

VIDEO: 7 Lagu Yang Anda Tak Tahu Ciptaan Penyanyi Chandelier, Sia

Figura ini sedang meniti  kemasyhuran dengan lagu-lagu dendangan yang mesra di halwa telinga peminat, antaranya Titanium duet bersama David Guetta dan terbaru, Chandelier.

Sia Furler atau nama asalnya Sia Kate Isobelle Furler,39, dilahirkan di Australia. Selain menyanyi, Sia juga mencipta lagunya sendiri. Kreatif kan?

Namun, tidak ramai yang tahu, lagu-lagu yang menduduki carta teratas Billboard nyanyian bintang popular dunia lain juga ada antaranya merupakan hasil sentuhan beliau.

Siapa sahaja yang tak pernah dengar lagu nyanyian Rihanna, Diamonds bukan? Jangan terkejut kerana lagu ini merupakan hasil gubahan Sia, malah Sia juga pernah menyanyikan lagu tersebut beberapa kali.

Lagu nyanyian bintang Glee, Lea Michelle yang menceritakan tentang kegigihannya melalui kehidupan tanpa kekasih yang telah mati, Cory Montieth juga digubah oleh Sia.

Ujar Lea, pertama kali mendengar lagu tersebut dia terus jatuh suka dan ingin menyanyikannya. Bukan setakat itu, lagu nyanyian Ne-Yo, Let Me Love You juga merupakan hasil ciptaan Sia.

Sia juga berjaya mendapatkan bintang kontroversi yang pernah membotakkan kepala, Britney Spears untuk menyanyikan lagunya. Dalam album Britney Jean, lagu Perfume digubah oleh Sia.

Sia turut pernah membuat persembahan dengan menyanyikan lagu tersebut, malah versi vokal lantangnya lebih memukau berbanding versi dinyanyikan oleh Britney sendiri!

Radioactive, salah satu lagu yang mengangkat nama Rita Ora juga digubah oleh penyanyi wanita berbakat ini.


Bukan sekadar lagu untuk dimuatkan dalam album, Sia juga berkolaborasi dengan beberapa pencipta lain untuk menghasilkan lagu Piala Dunia 2014 yang baru berlalu.

Lagu dendangan rapper Pitbull, Jennifer Lopez dan Claudia Leitte bertajuk We Are One (Ole Ola) bagaimana pun menerima kritikan terutama daripada masyarakat Brazil kerana kekurangan elemen negara penganjur  acara bola sepak terbesar itu.

Lagu ketujuh yang mendapat sentuhan Sia adalah nyanyian bintang terkenal, Beyonce. Melalui album terbaru diva tersebut, Sia menyumbangkan lagu untuk track pertama bertajuk Pretty Hurts.

Uniknya, sebelum dimiliki Beyonce, lagu tersebut diberikan kepada Katy Perry namun email lagu tersebut tidak disemak oleh Katy, lantas ia diberikan kepada Rihanna.

Namun, Rihanna tidak memberi sebarang kata putus berkenaan hak milik lagu tersebut sebelum Beyonce memilih untuk memasukkannya ke dalam album bertajuk ‘Beyonce’.

Untung betul Sia kerana lagu-lagu ciptaannya dinyanyikan oleh barisan bintang terkenal.

Selain tujuh penyanyi popular di atas, Sia juga pernah mencipta lagu untuk Celine Dion, Kylie Minogue dan Christina Aguilera. MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori