Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Suami ‘Terbakar’ Isteri Ketika...

VIENNA - Seorang lelaki Austria mungkin berjaya menepati bidalan lama terkenal masyarakat Melayu...

Parlimen Boleh Bersidang Dalam...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah...

Malaysia Juara Piala Thomas...

SIAPA boleh melupakannya....detik pasukan negara berjaya menjulang Piala Thomas Malaysia pada tahun 1992...

Hanya 6 Lapor Diri...

SHAH ALAM - Hanya enam pemain melapor diri pada hari pertama latihan pusat...

7 Projek Infrastruktur Dilaksanakan Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Tujuh projek infrastruktur melibatkan pembinaan lebuh raya, landasan keretapi dan pengangkutan awam akan dilaksana tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini termasuk pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59 kilometer dengan kos RM5.3 billion dan Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting sepanjang 276 kilometer dengan kos RM5 billion.

“Lebuh Raya Damansara-Shah Alam sepanjang 47 kilometer juga akan dibina dengan kos sebanyak RM4.2 billion manakala Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur sepanjang 36 kilometer dibina dengan kos RM1.6 bilion.

“Landasan keretapi sektor Pantai Timur melibatkan jajaran Gemas-Mentakab, Jerantut-Sungai Yu dan Gua Musang-Tumpat akan dinaik taraf dengan peruntukan RM150 juta,” katanya ketika membentangkan “Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat’ di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pembinaan Mass Rail Transits (MRT) Jajaran Kedua juga akan dibina sepanjang 56 kilometer dari Selayang ke Putrajaya, melibatkan anggaran RM23 bilion.


Projek LRT3 yang bakal menghubungkan Bandar Utama hingga Shah Alam dan Klang pula dianggarkan RM 9 bilion, kata beliau.

Perdana menteri berkata lebih 10,000 peluang pekerjaan dapat diwujudkan melalui Projek ‘Pengerang Intergrated Petroleum Complex’ dengan nilai pelaburan sebanyak RM69 bilion.

Bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, Najib berkata  dana pinjaman ‘Sustainable Mobility Fund’ berjumlah RM70 juta disediakan di bawah SME Bank dengan 50 bas elektrik akan diperkenalkan sebagai permulaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori