Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

12,000 Syarikat Dalam Talian...

ARAU - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjangka sebanyak 12,000 perniagaan dalam talian didaftarkan...

Harap Projek Kereta Nasional...

KUALA LUMPUR - Melaka sedang menunggu jawapan mengenai tawaran secara formal yang dibuat...

Subaru Forester STi, Beberapa...

Subaru telah mendedahkan beberapa imej teaser yang menggambarkan model 2015 Forester STi yang...

Dicemuh ‘Dihumban Ke Neraka’,...

SUSULAN dicemuh dihumbankan ke neraka gara-gara melakukan tugasannya sebagai penyampai berita, personaliti TV3,...

844 Anggota Malbatt Dianugerah Pingat PBB

PORT DICKSON – Seramai 844 anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang menjalankan misi Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) hari ini dianugerah pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB).

Mereka terdiri daripada 76 pegawai dan 768 anggota lain-lain pangkat pasukan Malbatt 850-1 diketuai Kol Arman Rumaizi Ahmad.

Seramai empat pegawai dan 18 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei turut menerima anugerah tersebut.

Anugerah itu bagi mengiktiraf kejayaan pasukan berkenaan menjalankan misi Unifil di Lubnan selama 12 bulan mulai 26 Oktober 2011.

Pemangku Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyampaikan anugerah itu yang diadakan sempena perbarisan pembubaran Malbatt 850-1 dan upacara menanggalkan beret biru Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di padang kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini.

Dalam sidang akhbar selepas majlis itu, Raja Mohamed Affandi berkata, keupayaan tentera Malaysia dalam menjalankan tugas di negara itu diakui Unifil.


Katanya walaupun terdapat perbezaan budaya, tetapi penerimaan penduduk di sana terhadap tentera Malaysia begitu tinggi sekali dan ini memudahkan mereka menjalankan tugas.

“Tetapi apa yang penting adalah tahap kesiapsiagaan anggota Malbatt 850-1 mampu menangani apa juga masalah yang berlaku di sana. Kerjasama dengan penduduk tempatan di sana di tahap yang terbaik dan saya kagum dan bangga dengan kejayaan tersebut.

“Sewaktu saya pergi dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sambutan mereka di luar jangkaan, malah apabila kereta menteri berhenti dan menteri keluar dari keretanya … penduduk di situ sanggup keluar dari kereta masing-masing untuk menerima kehadiran menteri pertahanan kita. Jadi, saya rasa tentera kita adalah orang yang terbaik kerana mampu melaksanakan amanah dengan baik,” katanya.

Katanya, beliau berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan tentera Malaysia yang sedang bertugas di negara itu kerana pergolakan kini semakin memuncak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori