KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang mendaftar untuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 90,734 hingga pada 15 Oktober, naik 2,263 daripada kelmarin, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata angka terbaharu berkenaan menunjukkan semakin banyak syarikat mendaftar untuk GST sebelum tarikh akhir pada 31 Disember 2014.
Sasaran kerajaan adalah sebanyak 140,000 syarikat mendaftar dengan skim GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015. – BERNAMA