Siapa tidak kenal selebriti yang cukup terkenal dalam siri drama Gerak Khas ini dahulu?
Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh Abby Abadi lagi-lagi melibatkan masalah peribadi rumah tangganya.
Kali ini, tersentuh hati kami melihat gambar yang dimuat naik dalam Instagram milik Abby Abadi ini.
Hah ,jangan salah faham taw.
Abbay Abadi memuat naik “screenshot” perbualannya bersama Norman Hakim yang menunjukkan Norman Hakim sememangnya seorang ayah yang bertanggungjawab dan seorang teman yang banyak memberi kata-kata semangat dan nasihat ketika Abby Abadi dilanda kemelut permasalahan dengan bekas suaminya, Farhan.
Bagi kami, apa salahnya lagi-lagi Norman Hakim merupakan bekas suaminya dahulu dan mereka juga mempunyai anak-anak bersama.
Kata Norman Hakim dalam perbualannya itu, dia berharap Abby Abadi akan terus istiqamah dan banyakkan bersolat hajat ketika diuji saat-saat begini.
Malah Abby turut berharap suatu hari nanti beliau juga ditemukan dengan bakal mendapat suami yang baik, penyayang dan tawaduk seperti Norman Hakim.
Suka pula kami melihat walawpun mereka sudah mempunyai kehidupan masing-masing tetapi masih lagi bersahabat baik dan sudi menasihati satu sama lain.
Memey yang sangat memahami dan bersahabat baik dengan Abby Abadi juga melayan baik dan mengasihi anak-anak Norman dan Abby.
Baguslah begitu, harap-harap artis-artis lain yang pernah bercerai mencontohi persahabatan seperti selebriti ini demi masa depan anak-anak.Tak gitu?-mynewshub.cc
Oleh : Kakak Bunga