Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Warga Vietnam Ditahan...

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang lelaki warga Vietnam yang disyaki terbabit dalam...

Dulu Model Jutawan, Kini...

MADRID - Bekas model jelita yang pernah meraih pendapatan jutaan ringgit setahun pada...

Skandal Rumah Mewah: Adam...

BERIKUTAN pendedahan kontroversi kemewahannya terbongkar, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Datuk...

Jangan Termakan Fitnah Dan...

KUALA LUMPUR – Terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat, pembangkang menjalankan kempen dengan tidak...

Daripada Sentuh Anjing Baik Belai Anak Yatim – Pemuda PAS

PETALING JAYA – Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalid Abd Hadi berkata adalah lebih baik jika umat Islam berkempen untuk perkara-perkara lain selain kempen ‘menyentuh anjing’.

“Daripada berkempen menyentuh anjing, adalah lebih baik jika mereka berkempen tentang penjagaan anak yatim.

“Nabi Muhammad pernah berkata bahawa sesiapa sahaja yang membelai kepala anak yatim akan menerima banyak ganjaran untuk setiap helai rambut yang dibelai.

“Daripada belajar tentang bagaimana kita harus mengusap anjing, apa kata kita belajar bagaimana untuk membersihkan kaki kita semasa berwuduk tanpa perlu membuka lapisan pakaian,” kata Khalil, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan, Selasa.


Mencadangkan bahawa acara ‘menyentuh anjing’ pada Ahad adalah cara bagi rakyat Malaysia untuk meredakan tekanan daripada masalah seperti kenaikan harga bahan bakar, Khalil berkata umat Islam hendaklah terlebih dahulu belajar bagaimana untuk memegang dan mencium batu Hajar Aswad di Kaabah sebelum mereka berfikir tentang bagaimana untuk membelai anjing.

“Ada satu kejadian berkaitan anjing peliharaan di dalam Al-Quran. Pelajaran daripadanya ialah, bukan untuk kita memiliki anjing sebagai haiwan peliharaan, tetapi bagi kita mengakui bahawa anjing juga memainkan peranan yang penting dalam perjuangan Islam.”

Beliau menambah, penglibatan umat Islam dengan anjing adalah setakat memberi makan ketika lapar dan tidak mencederakannya kerana kerana haiwan itu berhak dianggap sebagai salah satu ciptaan Allah. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori