Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Timbalan Pengerusi Bersih 2.0...

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, Syed Ibrahim Syed Noh telah meninggalkan...

Kisah Rapper Singapura Buka...

SINGAPURA - Pelaburan rapper Melayu terkenal Singapura, Sheikh Haikel Sheikh Salim Bajrai membuka...

Isu Kuil: Ada Menteri...

KESAL... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH)...

Video: Perempuan Selamatkan Anak...

SEEKOR gajah berusia dalam lingkungan 14 bulan menjadi anak angkat kepada seorang wanita...

AEON M’sia, Jepun Bekerjasama Pasarkan Produk Malaysia

CHIBA (Jepun) – AEON Co (M) Bhd akan mengadakan kerjasama rapat dengan AEON Jepun untuk memasarkan produk keluaran Malaysia di 1,800 pasar raya di Jepun pada masa akan datang, kata Pengarah Eksekutif AEON Co (M) Bhd Poh Ying Loo.

Beliau berkata langkah itu bagi meningkatkan bilangan produk Malaysia khususnya milik usahawan industri kecil dan sederhana di pasar raya negara itu.

“AEON Jepun tidak mengenakan sebarang had untuk produk Malaysia memasuki pasaran negara ini tetapi perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Best of Malaysia (BEM) di AEON Makuhari di sini hari ini.

Program itu bertujuan mempromosikan produk keluaran Malaysia ke peringkat antarabangsa dan dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Poh berkata BEM yang bermula dari 17 hingga 20 Okt ini mempamerkan 158 produk termasuk 89 produk berasaskan makanan yang dipasarkan di tujuh pasar raya AEON di Tokyo, Osaka dan Chiba.


Beliau berkata usaha promosi melalui BEM penting bagi mendedahkan produk keluaran Malaysia kepada pelanggan di negara Jepun.

Katanya kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pelancongan turut membantu memperkenalkan produk dari Malaysia.

Selain itu, katanya kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Jepun dalam mengenal pasti peraturan dan kehendak pihak berkuasa tempatan penting bagi memastikan produk keluaran usahawan tempatan mendapat kelulusan untuk dipasarkan di Jepun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori