KUALA LUMPUR – Semua pusat operasi di bawah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) akan ditutup sementara selama dua hari pada 5 dan 6 Oktober ini.
Angkasa dalam satu kenyataan media memberitahu, penutupan sementara itu bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 5 Oktober 2014.
“Kampus-kampus di bawah Angkasa akan ditutup sementara operasinya pada 5 dan 6 Oktober oni bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha.
“Pusat Angkasa Negara, Planetarium Negara dan Observatori Negara, Langkawi akan kembali beroperasi seperti biasa pada 7 Oktober 2014,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut diminta menghubungi talian 03-2273 4303 / 5484.
Mereka boleh juga melayari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium dan Facebook/Twitter: Agensi Angkasa Negara (Angkasa). – mynewshub.cc