EH, macam baharu sahaja lagi Baim Wong mengakui dirinya bercinta dengan pelakon kecil molek, Elfira Loy, tup-tup hari ini Elfira menafikan dirinya bercinta dengan aktor popular dari negara sebarang itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Roy Berpacaran Dengan Artis Seberang, Baim Wong?
Menurut Elfira dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengiakan dirinya kini sedang berkasih dengan Baim.
Memetik kenyataannya dalam sebuah akhbar harian, Elfira mengatakan:
“Saya tidak bercinta dengan Baim. Kenyataan yang dikeluarkan itu hanya dari mulut Baim. Bukan dari saya. Memang saya ke Jakarta, Indonesia untuk bertemu dengan Baim selepas dia mengajak saya ke majlis perkahwinan kawannya.
“Tetapi saya bukan pergi seorang. Ibu dan adik perempuan saya, Ezlisa Loy juga ada bersama. Baim hanyalah kawan biasa saya. Lagipun saya pernah memberitahu Baim saya tidak mahu bercinta lagi.
‘Hakikatnya, kami tidak pernah bercinta dan hanya pernah berlakon bersama dalam telefilem Untuk Terakhir Kali pada 2012,” katanya.
Takkanlah Baim syok sendiri mengakui bercinta dengan Elfira, ke Elfira memang jenis tak suka nak heboh-hebohkan hubungan cintanya sebab takut peminat lari?
Hmm, rasanya peminat zaman sekarang ini dah tak kisah pasal semua tu, yang penting kalau artis itu berbakat memang takde masalah.
Sekiranya benar hati dah dimiliki seseorang apa salahnya mengaku.. tak gitu?
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: AUDREY LEE