Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Agong Titah Kajian Semula...

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian...

Gedung Fesyen H&M Rosak...

PADAH... Gedung fesyen H&M di Johannesburg, Afrika Selatan telah diserang sebagai tindak balas...

Wanita Indonesia Cedera Diragut...

ALOR SETAR - Seorang wanita warga Indonesia kerugian RM900 selain mengalami kecederaan di...

Pengemis Kaya Miliki Proton...

Kuala Lumpur: Hanya berbekal 'muka simpati', seorang lelaki menyara hidup dengan hasil mengemis...

Pemuda UMNO Mahu Tampar Peserta Yang Menghina PM

KUALA LUMPUR: Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Armand Azha Haji Abu Hanifah hari ini mengumumkan beliau tidak akan teragak-agak menampar muka salah seorang peserta perhimpunan bantahan kenaikan harga petrol dan perlaksanaan Cukai Barangan (GST) yang berlangsung di pintu masuk Parlimen semalam.

Beliau berkata, tindakan lelaki itu sangat melampau dan perlu diberikan pengajaran yang sewajarnya.

“Lelaki tersebut telah dikenal pasti dan diketahui tempat beliau bekerja dan berkemungkinan kita akan bertemu dengan lelaki India tersebut pada petang ini, tunggu dan lihat apa tindakan yang akan dikenakan terhadap peserta tersebut.

20141009_152816 (wm)

“Saya tidak teragak-agak untuk menampar dengan selipar yang dipakai oleh lelaki tersebut kerana perbuatanya terlalu biadap,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Peserta lelaki India tersebut merupakan antara puluhan peserta lain yang berarak menuju ke pagar masuk utama bangunan Parlimen semalam dengan membawa sepanduk dan kain rentang berkaitan bantahan mereka.


Tindakannya menampar gambar muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang marah terutama dalam kalangan penyokong kerajaan.

Menurut laporan, himpunan kedua akan diadakan esok pada jam tiga petang di pintu masuk utama bangunan Parlimen.

Tambah beliau, para peserta himpunan bantahan telah diberikan hak kebebasan berdemonstrasi secara aman tetapi jika terlalu melampau sehingga mencemarkan institusi dan parti, lebih-lebih lagi kepada pemimpin maka tindakan susulan perlu diambil.

“Kita tiada masalah dengan demokrasi aman, tetapi jika ia mencemarkan institusi dan kehormatan negara, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang keras,” tambahnya.

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori